Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Monday, September 19, 2011

Zalim..Zalim..Zalim..

Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum WBT..



Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 42-43 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka sehingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana binggung dan cemas).”

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim

MasyaAllah.. Hari ini, tatkala ada orang-orang yang berdoa untuk mereka yang berlaku zalim, saya menjadi seram sejuk. Adakah doa tersebut ditujukan buat saya?

Selama ini, saya bangun dari tidur dengan keadaan diri yang sempurna.. Punya mata untuk melihat, dengan telinga yang masih lagi boleh mendengar, dan mulut yang masih boleh berbicara.. Anggota badan yang masih lagi boleh bergerak dan bermacam lagi perkara zahir yang dikurniakan pada saya.. yang ada pada hari semalam dan masih ada pada hari ini..

Atas sebab itulah saya takut seandainya doa tersebut ditujukan kepada saya..

Apakah saya  termasuk di dalam doa itu?

Kerana dengan mata yang masih sempurna melihat saya masih zalim terhadap diri sendiri apabila hak Allah dilanggari dengan melihat maksiat yang ada di hadapan belakang atas dan bawah.

Kerana dengan telinga yang masih boleh mendengar saya menzalimi diri saya dengan melanggari hak Allah dengan mendengar keburukan-keburukan saudara sendiri.

Kerana dengan mulut yang masih bisa berkata-kata lancar saya zalimi diri dengan berkata dusta dan bohong melanggari hak-hak Allah.

Dan dengan anggota badan  yang masih sempurna saya zalimi diri saya dengan menggunakannya ke arah kemaksiatan.

Apakah saya tidak berlaku zalim bila ada yang buta matanya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Apakah saya tidak berlaku zalim bila ada yang bisu mulutnya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Apakah saya tidak berlaku zalim bila ada yang pekak telinganya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Dan apakah saya  tidak zalim bila ada yang cacat anggota badannya tetapi masih bisa mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya?

Dan sesungguhnya berapa ramai mereka yang kurang keupayaan begitu bersungguh-sungguh beribadat mentaati segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya berbading aku yang sihat walafiat ini?

Dengan kemewahan yang saya ada ini berapa kerapkah saya  mensyukuri nikmatNya? apakah sudah tertunai segala hak-hakNya atas nikmat yang di berikan kepadaku?

Betapa ramai mereka yang miskin susah tetapi masih tenang dalam beribadah menunaikan perintah-perintahNya dengan penuh rasa syukur dan nikmat?

Jadi doa untuk mereka yang berlaku zalim itu akan tertunaikah ke atas diri saya?

Oh sesungguhnya saya takut akan doa orang-orang yang dizalimi!

No comments:

Post a Comment