Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Saturday, November 19, 2011

lapar.. Lapar.. lapar.... Lapar Pizza... ^__^'

Assalamualaikum WBT
Semoga sahabat sekalian dirahmati Allah..


Petang-petang macam ni...hujan pula tu, memang sangatlah membosankan. Lebih-lebih lagi bila hujan turun mencurah-curah. Mana ada pelanggan.. lagipun sekarang tengah siaran langsung bola Malaysia vs Myanmar... Boss pula balik rmah, so terpaksalah saya tunggu kedai sampai malam.. Aduh, perut dah bukan setakat nyanyi lagu keroncong dah.. ni siap main lagu rap sekali ni..


Dalam sibuk-sibuk menahan lapar..sempat pula jenguk-jenguk ke blog masakkan kak Azlita dan Che Mat gebu. Saja la tu kan nak buat tambah lapar.. Godek sana-sini ternampak la pula resepi pizza... Aduhh memang feberet saya ni. Tapi maaf la ye. Saya kurang gemar beli pizza.. Kalau nak makan, masak sendiri la. orang kat rumah ramai.. mana larat nak beli. tak cukup RM 100.


Tengok kat resepi yang che mat bagi ni..simple je bahan dia. Dah mula la bercongak-congak beg duit.. Ada berapa budget yang tinggal.. Cukup ke tak nak beli bahan pizza. ^__^


Masak ni memang seronok, cuma kena korbankan wang ringgit la kalau nak cuba resepi baru lagi mencabar.. Belum lagi kalau masakkan tak menjadi kan.. Yelah, saya ni bukan tahap chef.. Masak boleh la..cuma ada juga la yang masih bertatih.


Ok..ok..Che Mat... minta izin la ye tempek resepi pizza mabelles che mat ni..







MyKitchen's Recepi

SEAFOOD PIZZA
By: CMG
Sumber: Yatie

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :

  • 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh)
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air
  • Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :
  • 1 cwn daging cincang - boleh gantikan dgn tuna
  • 5 btng crab stick (ptng serong)
  • 4 hirisan gegelang red capsicum 
  • 4 hirisn gegelang yellow capsicum 
  • 4 hirisan gegelang green capsicum
  • 1/2 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
  • 3 keping nenas dalam tin dipotong kiub
  • 5 biji cendawan butang - dihiris
  • 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
  • 175 g keju mozzarella
  • dried oregano and dried pasley 
UNTUK DOH PIZZA :
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
  2. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.
  3. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :-

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
  2. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  3. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella.
  4. . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran.
  5. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
*Doh pizza yg siap di canai dan sudah naik, bolehlah di bakar selama 10 minit dahulu....lepas tu barulah di letak sos pizza dan bahan2 yg lain.....barulah bakar lagi selama 20 minit atau sehingga kekuningan. 

No comments:

Post a Comment