Hidup ini mesti ada tujuan.... Tujuan menuju ke jalanNYA.. Mengenali siapa kita sebenarnya... Sebagai seorang hamba yang menunaikan hak kepada Tuhannya... Allahu Akbar...

Friday, July 29, 2011

Masak-masak Kenduri Kawen...

Assalamualaikum WBT..
Semoga sahabat semua dirahmati ALLAH SWT..

Hm...mungkin dah lambat, tapi tak salah rasanya nak berkongsi cerita.. Mingu lepas, walimah sambut menantu Lutfi and Qistina.. Anak sepupu saya.. Kira anak sedara saya la ye? Ahaks.. Tua bebenar rasanya...

Ok, nak dijadikan cerita, family saya ditugaskan untuk memasak sepanjang walimah berlangsung. Ceh, family ye..berapa orang la agaknya kan? Hu... siapa lagi kalau bukan Abang Jamil, Kak Linda, saya dan abah? 4 orang saja yang masak untuk 2000 tetamu. Bayangkan...betapa ramainya orang yang datang. Tapi kerja kami mudah sikit sebab tuan rumah tempah ayam golek dan "air cedok" sepanjang majlis berlangsung jadi kuranglah sikit tugas kami.

Kebetulan..Rabu dan Khamis saya demam manakala Jumaat hampir-hampir pitam akibat keletihan yang teramat (kekurangan pekerja di taska). Jumaat petang gagahkan diri untuk balik juga walaupun terpaksa menepuh 3 bas untuk sampai ke rumah. Punyalah penat. Malam tu tak boleh tidur jadi esoknya saya bangun lewat. Itupun dikejut kakak yang meminta saya mengikutinya ke pasar untuk membeli barang masak "rewang".

Sabtu tu sebenarnya ada walimah sorang lagi penduduk kampung, jadi tak ramai la yang datang merewang. Ni tau tak rewang tu apa? kalau kat Johor, orang panggil gotong royong masak kenduri sebagai rewang.. Biasanya rewang bermula sehari sebelum walimah.. Ada la 5-6 orang makcik yang hadir tolong kupas bawang dan sayur.. Tengah hari tu masak simple saja. Ikan goreng, iken kering, sayur lemak labu dan kacang panjang, ulam timun, sambal belacan dan kerang rebus. Alhamdulillah, semua makan dengan berselera. Seronok tengok orang makan apa yang dimsak sampai habis. Rehat sekejap..Pukul 4 sambung masak untuk rewang malamnya pula. Masak sup ayam tua, sayur campur dan sambal kicap. tu je.. Simple kan? Pastu sediakan roti dan nasi.. yang tak syoknya..semua puji sup u sedap...sambal sedap.. tapi puji kat sapa??? Abang jamil. Apa kess?? Den yang masak. Grrrr.....

Berbual punya berbual...jam dah pukul 12. Ngantuknya....balik kejap lelapkan mata sampai pukul 2.30. Pastu naik motor sorang-sorang ke rumah sepupu (cayalah!). Eh, sunyi sepi? Rupanya tak ada orang. Masing-masaing dah penat rewang kat rumah kenduri siang tadi. Dan frustated bila Malaysia kalah bola. Ahaks. Jadi tinggal la saya..Kak Linda dan Abang Jamil. Jadilah daripada tak ada. lagipun tinggal menumis je. Bahan yang lain macam bawang semua dah siap blender. Pukul 3.30 dah mula menumis ayam masak kicap pedas, pastu tumis dalca pula (tak letak santan lagi), rebus kacang hijau untuk bubur pengat.. Nasi masak pukul 7, tunggu abah datang. Senang kan? Pukul 7 semua dah siap. Den tinggal balik rumah..abah dengan beberapa orang jiran take over.

Itu sebelum majlis... Semasa majlis pula..punyalah riuh sebab banyak barang dah habis. Bukan salah kami..kami dah bagi senarai barang yang cukup pada tuan rumah.. tuan rumah tu yang beli tak complete.. Lepas tu kata masak 1500 orang...tapi tetamu yang datang lebih 2000..macam mana? Sepatutnya masak nasi 6 periuk besar saja.. Ni tambah lagi 1 setengah periuk..Ayam tak cukup..Dalca tinggal kuah, itu pun sekuali saja.. Jam baru pukul 3, tetamu masih ramai. Apa lagi..macam lipas kudung pergi kedai beli 10 ekor ayam lagi..bawang...timun..lada dan macam-macam lagi untuk tambah apa yang patut... Alhamdulillah, 5.30 semua selesai.. Ramai puji nasi abah sedap..lauk pun sedap..semua habis, tak ada langsung yang terbuang kecuali kerak nasi.. Itupun jadi habuan ayam dan itik kat rumah...

Malamnya, kepenatan yang amat sangat sampai tak boleh bangun..minta kakak urut kaki. esok pagi pun tak boleh bangun..Badan sakit-sakit. Dah rasa nak sambung cuti lagi sehari... Tapi tak jadi bila petang dah rasa segar semula.. Alhamdulillah.. Hm..yang penting semua dah selesai kan? seronok juga bila tolong kenduri orang ni.. InsyaAllah orang akan bantu ermudahkan kenduri kita pula. Bila???? Wallahu'alam..

Tuesday, July 26, 2011

Ada Apa Dengan Hati???


Saat kaki mula menapak
Setelah jatuh tersungkur
Ku lihat sirnanya makin terang..
Sedang langkahku dipertengahan....
sirnanya makin hilang.

Keseorangan merenggut kesepian yang hebat..
Tersungkur dalam rebah hanya mampu pasrah..
Kesunyian yang membelenggu hanya meracuni diri.
Tidak kutemui penawar, 
Melainkan duri yang semakin menghiris hati..
Mungkin hanya membunuh jiwa yang kontang ini..
Keterasingan bagaikan belati tajam yang merobek relung hati..
Atau mungkinkah nafasku terhenti dalam racun dan belati itu?

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman,
dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku,
maka berilah penghalang antaraku
dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.


Monday, July 25, 2011

Aduh.. Dah Nak Puasa Ke???

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah.. Syukur atas rahmatNYA..


Tinggal lagi tak sampai seminggu saja nak tiba Ramadhan.. Aduh.... cepatnya masa berlalu..dah nak puasa dah? Begitulah kata seorang sahabat... Yelah...masa berlalu..setahun ibarat baru sebulan saja..sebulan bagaikan seminggu berlalu..Tanda-tanda kiamat semakin hampir.

Hm..sebut pasal ketibaan Ramadhan ni, di pasar raya dah sibuk dengan promosi Hari Raya... Kuih Raya.. Apa kes? Puasa pun belum. Isk..isk, sepatutnya kita ghairah menyambut ketibaan Ramadhan, ini tidak..terlebih ghairah menyambut Syawal.. Sedangkan kita ni...jumpa ke tidak Ramadhan kali ini pun belum tahu lagi...Yang mampu dibuat hanyalah berdoa..."Ya Allah, sampakanlah kami ke bulan Ramadhan". Itulah doa yang diwarisi daripada baginda Rasulullah.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini. Persediaan bagaimana yang perlu dilakukan???

Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Sunday, July 17, 2011

Air Tangan Orang Yang Tak Solat..

Assalamualaikum WBT
Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA buat sahabat yang dikasihi...



Kali ini saya tergerak untuk berkonsi entri yang cukup menarik.. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada juga yang terlepas pandang.. Soal makan mungkin ada yang pandang enteng..ada juga yang terlalu berhati-hati.. Dalam kita sibuk mengira kadar kalori makanan yang diambil..dalam kita sibuk memeriksa halal-haram makanan itu (penting sebab akan jadi darah daging)..kita lupa satu perkara - siapa yang memasaknya. Benda ni selalu terjadi dalam kes makan kat kedai.. yelah, terlalu sibuk sampai tak sempat nak masak kan..Kita main telan saja ikut tekak tanpa memeriksa siapa yang memasaknya.

Cuba baca kisah yang berlaku pada zaman Nabi Musa A.S...


Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
See... Betapa hinanya makan masakkan hasil air tangan orang yang meninggalkan solat. Tu baru air dari bumbung, belum air tangan lagi tu.. So, tergamakkah anda memberi makan anak-anak dan suami anda makanan yang dimasak oleh orang yang meninggalkan solat?

Jadi...lepas ni kalau nak makan tu tengok-tengoklah dulu siapa yang masak... Pilih-pilih kedai jangan ikut sedap tekak je.. Lebih afdhal masak sendiri kat rumah.. Suruh Encik Zauj belikan barang-barang memasak.. Lagi berkat..lagi selamat... Tak tahu resepi???? Internet ada.. Tekan saja.. kat My Resepi pun banyak.. Cuba sekali..dua kali..tiga kali..lama-lama jadi la... OK??? 

Saturday, July 16, 2011

Pusing sana..Pusing sini.. Akhirnya kena kat batang hidung sendiri...

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah.. Semoga sahabat semua dilimpahi rahmat Allah SWT..
InsyaAllah..

Pernahkah anda berkata dengan seorang sahabat... Tup-tup apa yang anda katakan itu terkena ke batang hidung sendiri? Saya pernah..saya pernah... (senyum)


Dulu kan..saya selalu kata kat kawan-kawan saya..saya tak nak cari suami dari Negeri kelantan or Terengganu. Bukan kerana saya ni bersifat 'kenegerian' tapi saya takut saya tak dapat ikut cara mereka, makan manis-manis...cakap loghat yang langsung saya tak faham.. Tup..tup.. Semua lelaki yang saya kenal dari sana.. Malah bakal zauj saya pun orang sana.. Apa kes???

Itu berita baik.. Alhamdulillah, saya bersyukur dipertemukan dengan beliau.. Semoga impian kami membina mahligai sakinah warrahmah tercapai. Allahumma amiiin Ya Lathif. Cuma kisah yang saya nak cerita ni lain sikit..

Kadang-kadang ada kenalan datang pada kita, mengadu itu ini, lantas kita dengan rela hati memberikan nasihat. Masa berganti masa..minggu berganti minggu tanpa kita sedari apa yang kita perkatakan itu menerjah ke dalam kehidupan kita.. Ada masanya kita dapat menghadapi situasi itu sesuai dengan apa yang pernah kita nasihatkan dulu...Adakalanya kita sendiri terumbang ambing.. Lupa segala apa yang kita pernah tahu.. sebab itulah..kadangkala sebagai manusia kita diuji dengan apa yang pernah kita perkatakan..

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya. Inilah makna asal kata-kata ujian dari segi bahasa. Ia mempunyai tujuannya, bayangannya dan saranannya. Begitulah juga ujian itu bertindak terhadap hati manusia.

Hm.... bila difikirkan kembali ayat-ayat ini, serta merta hati jadi takut.. takut untuk memberi nasihat berlebihan... Takut untuk bercakap berlebihan. Sebab saya tahu kemampuan saya dalam menghadapi ujian itu bagaimana...Semoga Allah memelihara saya dan tidak menguji saya dengan sesuatu yang tidak saya mampu hadapi.. InsyaAllah.

Thursday, July 14, 2011

Bila Dah Ada PhD..

Assalamualaikum WBT..
Subhanallah.. Semoga Allah merahmati sahabat sekalian..

Kali ini.. biarkan jari saya menari-nari di lantai keyboard ini..(cewah..) Izinkan saya berkongsi rasa hati yang berdarah (adoiyai)..

Dua tiga hari ni rasa tak semgat nak kerja. Nak menangis pun ada..tension sangat-sangat. Berusaha untuk keluar dari sini namun sedang mencari masa-masa yang sesuai.. Berat hati memang la berat. Apatah lagi saya dah terlalu rapat dengan Zaqwan..Aqlan..Akif..Maya.. Hani Zulaikha dan yang lain..

Saya tak tahu apa lagi yang mereka tak puas hati.. tak pegang budak salah..pegang budak salah. Salah saya ke kalau budak-budak tu rapat dengan saya? Menangis nak ikut bila nampak saya.. Tak nak dengan orang lain. Saya pula dituduh manjakan budak-budak tu. Saya layan sama rata.. kalau budak menangis takkan nak dibiar? Saya pujuk la.. Budak tu buang air, takkan nak buat tak tahu? Daripada mula masuk kerja sampai sekarang, siapa yang lebih banyak jaga budak-budak? Saya tak pernah ungkit.. Bila orang lain buat kerja sikit. Tapi jangan salahkan saya la bila budak-budak tu rapat dengan saya. Diorang pun boleh tahu siapa yang selalu pegang, siapa yang selalu jaga.. Budak-budak pun ada perasaan.

Baru-baru ni Zubayr..memang kuat nangis.. Dan dia memang nak dengan saya je.. Tak boleh lepas, asyik nak dipegang. Maybe sebab dia ingat saya mak dia sebab mak dia lebih kurang saya je.. saya pegang Zubayr selalu sebab tak nak dia menangis terlalu kuat sampai mengganggu orang lain. Saya yang uruskan dia..mandikan..dukung, orang lain ada ambil kisah? Dalam pada masa saya jaga Zubayr pun saya tetap ambil peduli kat budak-budak lain.. Malah orang lain sedap tidur sedangkan saya sorang berjaga tunggu budak "buang air besar".

tapi pedihnya hati saya bila itupun orang nak pertikaikan. Nak senangkan kerja diorang je.. dah tu tak fikir ke kat saya ni? Semua nak saya buat..dah tu yang lain makan gaji buta?Allah je yang tahu apa yang saya rasa. kena sindir ukan sekali dua.. Saya tak oleh nak kata lebih sebab saya muda..dorang dah tua. kalau bukan kerana hormat.. hmm...

Sampaikan semalam..kemarahan memuncak saya.. Bila ada yang kata nak berhentikan Zubayr sebab asyik menangis.. Mengganggu budak-budak nak tidur.. Mengganggu budak-budak nak tidur atau mengganggu pengasuh nak tidur? Bila Ainul datang..menangis. nak ikut saya sedangkan masa tu saya tengah pegang Akif.. kalau ye pun geram kat saya..janganlah dipukulnya budak2 tu. Tak ada akal ke? Budak-budak tu tahu apa? tak guna masjid habiskan beratus ringgit hantar pergi kursus kalau mind set masih kat takuk lama. ingat bila dah kursus berubah.. Kejap je berubahnya..

Hm..maaflah, terlepas perasaan kat entri ni pula. Saya tak tahu nak luah kat siapa.. Sekarang ni, saya dah tak boleh nak dukung budak-budak tu selalu macam dul.. Tak boleh nak pujuk lebih-lebih kalau ada yang menagis.. Sebab bila saya dekat je..ada mata yang menjeling.. Ada mulut yang mengata.. Saya tak dengar..tapi saya tahu. Yang mampu saya buat??? menangis dalam hati.. Sedih bila tengok Akif menangis tak dipujuk.. Zubayr menangis 2-3 jam tak de yang tenangkan. Arghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 10, 2011

Bulan 7 Yang Sibuk..

Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah... Semoga sahabat sekalian dilimpahi rahmat dari-NYA...
InsyaAllah.

Tak tahulah dah berapa hari tak menulis dalam blog ni.. Tak sempat nak check. Bulan 7 sememangnya bulan yang sibuk. Sibuk nak berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Kebetulan mak tak sihat, jadi adik beradik ramai yang balik jenguk mak. Bertambahlah tugas memasak didapur. Nak kena complete semua.. Sarapan, makan tengah hari, minum petang..makan malam. Kalau dulu bolehlah ngelat mana yang patut. Bukan apa, masak untuk kuantiti yang banyak pun penat juga.

Di samping tu..ramai juga la orang kampung yang datang ziarah mak. Kena buat kuih sikit untuk tamu yang datang walaupun sekejap. Tapi semuanya dah berkurang bila masing-masing dah balik ke rumah. Tinggal la family kak lina, kak linda and abg rudi kat rumah ni selain mak dan abah. Ramai juga tu..heee

Semalam (9/7/11) kalau orang ramai sibuk BERSIH di Kuala Lumpur, saya pula sibuk BERSIH di rumah. Nak sambut kedatangan somebody special.. Alhamdulillah...sempat masak lauk simple. Tom Yam campur, Siakap steam, telur dadar dan kangkung goreng belacan. Nak masak yang lain tapi memang tak sempat. Sedar-sedar dah pukul 12, mesej si dia.. rupanya dah sampai Nusa Damai. Kelam kabut panggil abah dengan mak dan siapkan diri.

Malam pula, hantar kakak ipar balik ke Kedah. Abg Din tak balik sebab susah nak keluar rumah sebab BERSIH di Kuala Lumpur, jadi kakak ipar dan Mira Batrisya balik sendiri. Sunyi seketika bila Mira tak ada.. Tak pe, raya ni dia balik kampung lagi..InsyaAllah..

Alhamdulillah..rancangan minggu ini berjalan dengan lancar dan positif.. Kehadiran dia diterima dengan tangan yang terbuka.. Mak Abah pun nampaknya gembira.. Semoga apa yang dirancang menjadi nyata.. InsyaAllah..

Ok..itu untuk minggu ni.. Minggu depan macam mana? Minggu depan ada kenduri di masjid tapi saya tak dapat balik. Kewangan tak stabil.. Huu... Tapi 23 ni WAJIB balik.. kata mak. sebab kena masak untuk kenduri kahwin rumah Abg Tuah and Kak Zah. Yelah, walimah anak sedara.. Kebetulan sepupu belah abah pun buat walimah juga... malam ada reunion Aspuri.. pergh...mana 1 nak pergi ni.. Memang sibuk.. belum lagi dengan persiapan menyambut ramadhan.. Rumah mesti kemas.. Lebih kemas daripada nak sambut raya.. maklumlah, Ramadhan la bulan yang paling dinanti-nanti. Entah jumpa atau tidak dengan Ramadhan kali ini mahupun mendatang. betul tak?

Ape pun semoga Allah memberi kelapangan ada diri saya dan keluarga untuk memenuhi program bulan ini. insyaAllah.

Monday, July 4, 2011

Ketahuilah Olehmu...


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...

Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...

Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu ...

Allah SWT selalu berada disampingmu.

 
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...

Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...

Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

 
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...

Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...

Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...

Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

 
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU ........

 
"Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila"

~Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan

diriku.



Kesepian Yang Kian Terubat..

Assalamualaikum WBT
Semoga sahabat semua dirahmati Allah...

Alhamdulillah.. Lama rasanya tak berkongsi rasa. Sekadar menyalin daripada laman blog orang lain. Minda seakan tersekat daripada meluahkan bicara, lantas kubiarkan blog ini berlalu sepi.

Sedar tak sedar... hampir 3 bulan saya tinggal di Taska Ihsan. Berkelana sendirian. Maka berlalulah episod baru hidup saya.. Dalam seminggu saya 'berkurung' di sini. Cuma hujung minggu saya pulang ke kampung bersama keluarga. Banyak dugaan sepanjang saya tinggal di sini. Bukan mudah apabila hidup sendiri tanpa teman berbual.. Menangis sendiri, ketawa sendiri. Apa yang tersirat di hati hanya Allah yang tahu. Siang saya berwajah ceria..malam sebaliknya.

Mujurlah..ada teman yang sudi berkongsi rasa..menemani sunyi saya. Alhamdulillah..semakin kesepian menemani...semakin dekat saya kepadaNYA. Saya redha dengan segala apa yang berlaku selama ini. InsyaAllah...kebahagian pasti mendatangi saya kelak.. Sabarlah Nurin...

Di taska.. ada tv, tapi hanya untuk dipasang DVD. Maka malam-malam saya ditemani alunan ayat suci al-Qur'an.. Hiburan yang paling lunak di telinga saya.. Selain itu, saya habiskan masa dengan membaca buku-buku yang saya kira sudah hampir 10 kali diulang baca..

Syukurlah.. ada seseorang yang istimewa telah bermurah hati memberi pinjam laptopnya buat sementara waktu...dapatlah saya menyambung penulisan saya yang lama terbiar sepi. Semoga Allah membalas segala jasa baiknya..

Bulan ini juga saya kerap balik kampung menjenguk mak.. Ye, mak tak berapa sihat lewat kebelakangan ini. Rabu lepas dia pengsan di hadapan bilik air.. Tangannya mengerengkot..hampir-hampir diserang strok. Mujur kakak cepat bertindak meminta bantuan jiran dan menghantar emak ke hospital. Kebetulan abah tak ada di rumah..Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada ibuku... Allahumma Amin Ya Lathif..